.footer-outer{display:none;}

MY SIDE

Thursday, November 13, 2014

DOA HARI INI - DOA 12 BELAS PINTU

Asssalamualaikum...

Tengok jer Doa Pembuka Dua Belas Pintu.. Tertanya-tanya juga doa apakah itu? Pintu apa yang dimaksudkan.

Doa ini sangatlah bagus, dalam 1 doa, macam-macam kita boleh minta dengan Allah. Amalkan lah, supaya Allah membuka setiap pintu-pintu kebaikan yang ada.

DOA PEMBUKA DUA BELAS PINTU

1: Pintu Kebaikan
2: Pintu Keselamatan
3: Pintu Kesihatan
4: Pintu Nikmat
5: Pintu Keberkatan
6: Pintu Kekuatan
7: Pintu Cinta Sejati
8: Pintu Kasih Sayang
9: Pintu Rezeki
10: Pintu Ilmu
11: Pintu Keampunan
12: Pintu Syurga


Wednesday, November 12, 2014

DOA HARI INI - DOA DIMURAHKAN REZEKI

Assalamualaikum.. (13/11/2014)


Jom kita berdoa-doa sikit supaya DIMURAHKAN REZEKI DAN CEPAT KAYA.
*Nak kaya tak payah masuk skim cepat kaya, berdoa lah kepada Allah, sesungguhnya ALLAH itu MAHA MENDENGAR, mendengar doa-doa hambanya, ALLAH itu MAHA PEMURAH lagi MAHA PENYAYANG. 

Kita AMALKAN 33x selepas SOLAT

InsyaALLAH akan dikurniakan REZEKI yang tak akan habis.


Monday, November 10, 2014

HARITH ARYAN - DEMAM KUNING DI NICU

DEMAM KUNING!!!


Apa pula tu demam kuning. huhu terkejut juga bila misi cakap my son ada demam kuning. Ingat lagi masa hari kedua Harith ARyan dilahirkan. Misi datang rumah dan cakap anak aku demam kuning. Perlu segera ke klinik. Esok paginya Harith Aryan bersama ayah dan maktok dan juga unti dia pergi klinik untuk buat pemeriksaan. Aku pula tunggu jer kat rumah. Maklumlah ibu baru, kena lah tinggu kat rumah saja. First step anak aku di cucuk untuk ambil sample darah. Nasib lah aku tak tengok. Kalau tak mesti naluri keibuan tu akan tersentuh. huhu.Bagusnya Harith Aryan ni bila dia langsung tak nangis malah boleh pula dia tidur nyenyak lagi. Macam tau-tau saja, pergi klinik jer mesti akan tidur. Good boy.. Lepas jer jalani pemeriksaan doctor mengeluarkan 1 laporan untuk bawa ank aku ke hospital Alor Sultanah Bahiyah Alor Setar. Balik jer dari klinik, macam-macam petua orang kampung dibuat. Bagi anak minum air kelapa muda. Siap cari kelapa muda yang berwarna kuning dan terus ambil dari pokok. Bukan senang juga tu nak cari. Alhamdulillah Allah permudahkan semuanya. 


Di hOSPIAL sULTANAH bAHIYAH aLOR sETAR.

Bila tahu jer anak nak kena pergi hospital, ibu mana tak susah hati kan. Aku ikut juga bawa anak ke ke hospital. Nasib lah aku ikut. Boleh juga temankan encik suami masuk kedalam NICU. Keciannya kat encik suami, nak jaga aku dan anak kami lagi. Pengorbanan dia sangatlah besar buat aku. Anak aku ditahan di NICU alor setar 1 hari. Hmm sedihnya bila time malam teringatkan anak. Keciannya dia. 
Ingat lagi masa aku di wad NICU bersama suami. Sedihnya aku bila tengok anak menangis kelaparan. aku pula belum dapat mnyusukan anakku Harith Aryan. Pengeluaran susu pun belum banyak lagi. Anakku diletakkan dibawah sinaran lampu ungu dengan hanya memakai pempes dan mata pula ditutup. hmmm kesiannya. Mendengar tangisan bayi-bayi lain lagi lah tersentuh rasa. Macam mana bila aku tinggalkan dia kat sini nanti. mesti menangis dan tak ada orang pedulikan dia. Lama juga aku menghabiskan masa kat sana menemani anakku. Anak aku menangis kelaparan dan mungkin juga dia takut. Melihatkan anakku menangis saja, aku meminta bekalan susu dari misi (nurce). Itu lah pertama kalinya aku memberi susu dengan menggunakan cawan. Pihak hospital tak benarkan menggunakan botol susu kepada bayi. Nasiblah suami ada disisi membantu dan bersyukur sangat-sangat bila anak ku sendiri pandai minum menggunakan cawan yang diberi. Alhmdulillah atas nikmatmu mempermudahkan urusanku. Thanks kepada suamiku. Walaupun asyik kena marah sebab masuk bukan waktu melawat, dia tetap masuk untuk tolong aku. Tak biarkan aku keseorangan. 


Semalaman anakku di tinggalkan di NICU. Esoknya lepas jer dari sesi mengurut aku bersama encik suami dan keluarga pergi melawat anakku. Dalam hati hanya berdoa supaya anakku segera dibawa pulang. Sampainya aku disana, hanya aku sahaja yang dibenarkan masuk kerana itu bukan waktu melawat. Waktu melawat untuk ibu-ibu 9.00pg - 9.00 mlm. Waktu melawat untuk suami pula aku pula dah lupa. heee. Tapi yang pastinya hanya ibu dan ayah saja dibenarkan masuk kedalam NICU. Puas juga aku mencari mana anakku. Hee... pihak hospital telah mengubah kedudukan anakku. Nasiblah ada tertulis nama ibu di katil-katil bayi. Tersenyum aku bila melihat anakku siap dibalut dengan kain hospital dan mulut pula penuh dengan susu. Tidur kekenyangan lah tu. tak pun nak tunjukkan kepada ibu dia yang dia sudah pun kekenyangan. Ibu tak perlu risau lagi. Heee... Good Boy. Alhamdulillah selepas semuanya selesai, Anakku boleh dibawa pulang. 


PETUA MENGURANGKAN DEMAM KUNING

UNTUK MENGELAKKAN DEMAM KUNING, IBU SEMASA MENGANDUNG DIGALAKKAN :


Menelan madu (tanpa air) 3sudu atau meminum air madu 5 sudu (Tiada masalah bagi mereka yang mengalami masalah kencing manis, malahan itu adalah terapi bagi masalah kencing manis)

Mengamalkan minum susu kambing 2 cawan sehari, pagi semasa sarapan, malam sebelum tidur. (Sebaiknya dicampur dengan sedikit zaafaran)

Mengamalkan meminum pati delima paling kurang 500ml sehari.
Banyakkan memakan kurma sebagai sarapan.
Mengamalkan memakan buah tin setiap 3 hari.
Menelan minyak zaitun apabila umur janin sudah mencapai 5 bulan ke atas.

Suami digalakkan menggosok lembut perut isteri yang sedang hamil sambil berselawat sebanyak mungkin.

YANG MENGALAMI MASALAH KUNING INI, ANTARA KAEDAH YANG BOLEH DILAKUKAN ADALAH :

Ibu perlu banyak memakan kurma dan menelan madu 1-3 sudu setiap pagi sepanjang tempoh menyusukan bayi, kerana susu ibu adalah yang terbaik untuk merawat masalah kuning, maka pastikan susu ibu tersebut terbaik keadaannya. Antara untuk memastikan jaminan kualiti susu ibu adalah kurma dan madu.

Titiskan 5-7 titis susu kambing ke dalam mulut bayi yang menghidapi masalah kuning tersebut.

Jika boleh, elakkan penjemuran kerana kulit bayi masih nipis dan kurang perlindungan, jika terpaksa jemur, maka dijemurkan pada waktu awal dhuha (jam 830pagi -930pagi) lebih dari waktu ini, kulit bayi sudah tidak dapat menerima kepanasan cahaya tersebut.

Bayi setiap pagi diberi hisapan madu dari jari ibu atau ayahnya. (Petua ini tidak tertakluk kepada masalah kuning sahaja, malahan kepada yang tidak punya masalah)

Buat urutan lembut di pelipis bayi (atas kening), dari pangkal mata dalam ke pangkal mata luar, sambil berselawat atau bertasbih, paling kurang 7x, setiap pagi. (untuk mengelakkan kuning naik ke kepala dan mengelakkan sawan)

Sumber: Ustaz Wan Asrul Al-Aydrus

Tuesday, October 14, 2014

BIODATA MY BABY - Mybb-Icare

Assalamualaikum.. masa untuk memperkenalkan Mybb-Icare. Anak aku lah tu.. heee… dah sampai waktunya nak show my bby to all. Biasalah.. masa dalam pantang, orang cakap tak elok lagi nak snap-snap pic baby nih. Mybb-Icare ikut still ikut jugak lah pantang larang sume tu. Heee.. but still snap jugak pic my bb. Tapi semua pic tu, Mybb-Icare simpan untuk aku dan family terdekat ja tengok.

Hampir setiap hari aku snap kan pic anak aku. Tinggal pula berjauhan dengan encik suami, mestilah nak update kan pic anak buat tatapan encik suami. Boleh jugaklah kurangkan rindu yang tersemat di hati tu.. wahhh…ayatttt… kih kih kih. Ya lah, bukan senang encik suami nak balik melawat aku dan anak. Encik suami di Selangor, aku pula berpantang di Kedah my sweet hometown. 


First step, aku nak kenalkan MUHAMMAD HARITH ARYAN mybb-Ilove.

Nama : Muhammad Harith Aryan
Tempat Lahir : Hopital Putrajaya.
Tarikh Lahir : 15/5/2014
Masa Lahir : 20.46pm
Berat Lahir : 2.64kg.
 sweet hometown.



Hello.. say hye,.. morning to uoll... 

Tuesday, September 9, 2014

ALL ABOUT MY BLOG : BLOGGER

Assalamualaikum…


Datang kerja, tapi mood nak bekerja pula tak ada. Kalau nak dikirakan tu, punyalah banyak kerja. Tak apa.. ambil feel dulu di pagi hari ini. Mana nak tau kot-kot lpas nie baru aura semangat nak buat kerja tu datang bertalu-talu.. hahah. 
Selalunya kalau awal-awal pagi dah online, kompom-kompom sampai petang nak ber-online ja. Itu lah namanya makan gaji buta. Hahah. Dalam dok menulis ini, baru terfikir, blog mana satu nak di update kan nih. Almaklumlah.. banyak sangat blog. Kalau ada masa free tu.. boleh la usya-usya kat my other blog. Haha.. promote sikit.

1: MyBb-Icare

2: GLEE GLOSSY COLLECTION

3: DIARI HATIKU

4: MY LIFE : HARITH ARYAN 2014

Aduh… baru jer nak start ber belog. Ada pula kerja nak kena buat. Tak apa.. hold dulu… I will continue.


Yes !!!. I come back. Back to home. Oh no.. now still working hour. Huhu. Kalau dulu lain lah. Anytime boleh masuk dan balik kerja. Sesuka hati jerk an. Sekarang boleh di katakan full time kat ofis. Sejak dari pregnant bos dah bagi aku full time kerja kat ofis ini. Walaupun boring tapi tak apa lah. Boleh jugak aku mengular kat ofis nih.
Actually kalau kat site lagi lah power ku nih, masuk pukul 10, pukul 4 dah balik. Nak lagi power hari-hari half day jer aku kerja. Tapi tanggung jawab kat pekerja aku tu tak akan di abaikan lah. 24 hour aku on call. Call jer aku, anytime pun boleh. Biasanya diaorang buat jer panggilan rindu.. mesti aku akan call back punya. Aku kan orang kayo rayo.. hand phone tak pernah out of credit. Number ofis lah katakan. Unlimited call. So boleh la aku call sana sini, nak call family di kampong jauh nun di sana pun boleh.  Kalau dengan cik abg tu, koling koling selalu lah. Heee rindulah katakan.

Aduh… mana 1 blog nak di update kan nih. Kalau update kat blog Diari Hatiku  mesti nak update bab makan-makan ja nih. Chef aku yang memasak. Resepi tu aku kongsi untuk aku dan orang-orang yang senasib dengan aku lah, yang tak berapa nak reti masak tu dan nak improve kan di punya skill memasak. Haha.. Ada banyak lagi menu yang aku simpan nak di kongsikan bersama.


Kalau lah aku update blog aku kat Glee Glossy. Mesti akan cakap tentang hobi dan hias menghias nih. Biasalah aku ni kan, apa jer yang ada, cantik sikit mesti nak disimpan buat koleksi. Orang mesti tengok biasa-biasa jer. Actually, semua tu di mata aku penuh dengan nilai estetika. Haha.. berjiwa seni lah sgt.. Baru jer semalam encik suami bank in kan RM3000 untuk memulakan perniagaan baru, aku apa lagi, mintak simpan resit cash deposit tu. Kononya nanti nak letak dalam frame kaca lah. Aku rasa macam berharga sangat, nak tunjukkan susah payahnya nak mulakan 1 perniagaan tu. Bermula dengan modal kecik, insyaALLAH… Allah pasti membuka ruang untuk kami sekeluarga lebih maju ke hadapan. Semoga dipermudahkan dalam segal urusan. 
Benda yang belum aku update kan untuk koleksi aku yang seterusnya iaitu baju-baju kecik yang aku frame kan kat dinding. Aku bukan lah orang kaya yang dapat pergi merata tempat. Jadi setiap kali aku pergi sesuatu tempat aku akan beli baju yang bersaiz paling kecil untuk disimpan. Baju tu mestilah ada trade mark yang menunjukkan tempat aku p tu. Dari aku zaman sekolah lagi baju tu disimpan. Azam aku, bila kerja nanti, dah ada duit sendiri aku nak frame kan kaca semua baju-baju tu. Hampir 3 tahun aku kerja, baru 3 helai baju aku frame kan kat dinding. 1 frame pun mau RM60. Aku ada lbih dari 15 helai lagi.. huhu.. tunggu next bonus pula baru aku. Tak apalah. Setahun sehelai baju. Huhu. 
Kat rumah aku ada 1 frame besaq, yang tu memang penuh nilai estetika lah. Aku frame kan hampir 20keping kad kahwin, kad kahwin aku dan suami. Dari awal lagi aku dah mintak dia simpan kan 10 keping kad kahwin kami tu. Kira kad kahwin sebelah pengantin lelaki sepuluh keping dan kad kahwin sebelah perempuan pun sepuluh keping. Besar gedabak lah aku punya frame (RM 150 untuk 1 frame). Frame kaca nih aku tempah kat kedai khas, kedai yang buat frame-frame kaca nih. kira dah memang aim tak nak buka dah la. Boleh tengok tapi tak boleh direct touch. Heee…

Kalau lah aku update kat blog MyBb-Icare mesti akan update tentang my sweet love, my baby and mi life. Ada yang tanya, bila nak update pic my baby. Belum tiba masanya lagi. Kalau dulu tu aku belum bersedia lagi nak update about my baby. Sekarang nih bila nak update about my baby tak ada masa yang sesuai pula. Pic semua dah disusun rapi dan dah siap di edit dah pun. Tapi nak publish ke umum tu belum lagi terasa di hati. Haha.. bajek retis plak kan. Benda yang belum nak di update kan lagi tu about my birthday. So… sweet. Terbaik dari my husband just for me. Don’t be jealous. Kalau nak update tentang my baby dah ada 1 link blog baru untuk my baby. Actually baru jer buat. Dalam planning nak uptade semua tempat yang my family pergi lah. Supaya nanti bila dia besar boleh lah dia tahu kat mana dah dia pernah pergi. Selain tu boleh juga lah dia tahu tentang sejarah kat sesuatu tempat tu. Subjek paling boring time sekolah dulu. Huhu…

Nak cerita tentang blog lagi 1 tu, secret. Malangnya group husband aku dah tau dah aku punya blog. Bikin malu saja. Huhu. Sesiapa saja nak baca blog aku nih boleh ajerrr.. kawan aku or sesiapa yang tak mengenali aku pun boleh jer baca blog aku nih. tapi kalau yang membaca tu dari orang-orang yang kenal tak kenal nih, malu jugak lah aku.. biasalah.. si gadis pemalu lah kan.. huhu


   Ok… that all for today.
Continue My job, my work, and my assignment. 

Friday, August 8, 2014

DISAAT KELAHIRAN PUTRA KU - SIRI 3

DISAAT KELAHIRAN PUTRA KU - SIRI 3




Doctor memberitahu aku, dalam tempoh 7 jam aku akan dapat melahirkan anak. Ikut anggaran setiap 1cm bukaan mengambil masa 1 jam. Dan setiap 2 jam doctor akan datang cek bukaan itu. Time tu dah tak ada dah perasaan malu tu. Apa yang penting ialah kesihatan baby. 12jam juga aku menunggi didalam labour room kat Hospital Putrajaya, bukaan baru 4cm., kira dalam masa 12 jam bukaan aku hanya bertambah 1cm. Dalam 12jam aku tak diberi makan atau minum. Misi masukkan air melalui badan aku saja. Aku pula curi-curi minum air zam zam dan minyak yangdibuat khas oleh abah dan tokwan ku. 

Doctor pakar datang memeriksa aku. Katanya aku perlu operate, masa terlalu lama. Tak boleh biarkan baby didalam terlalu lama. Misi dan doctor tanya tentang kesihatan aku. Aku yakin aku masih kuat untuk tunggu seberapa lama pun. Malah ada juga misi datang kepada ku menanyakan doa apa aku amalkan, mungkin kerana mereka melihat keadaan aku yang masih kuat dan tak da rasa sakit walaupun air ketuban aku dah kering. Malah jantung baby pun masih bergerak aktif tanppa sebarang masalah. Walau macam mana pun pihak hospital tak henti-henti memantau keadaan aku. Memang terbaik lah layanan di hospital Putrajaya ini.

Apabila doctor memutuskan untuk aku menjalani operation, aku meminta agar diberikan masa lagi 2 jam. Tak semudah itu untuk aku berputus asa. Doktor pakar benarkan aku tambah 2jam. Itu adalah masa maksimum untuk aku kerana dia belum pernah benarkan pesakit lebih dari 12jam. Anything happen, aku sndiri perlu hadapinya. Aku yakin, Allah itu maha mendengar setiap doa hamba-hambanya. Sempat lagi aku sms abh dan emakku yang dalam perjalanan datang kepada ku dari kedah. Aku memaklumkan tentang masa yang diberikan. Ini doa yang di berikan kepadaku..

“SABARLE, MUDAH-MUDAHAN DEKNGAH MENDAPAT PERTOLONGAN DARI ALLAH, ALLAH YANG TENTUKAN SEMUANYA. … YA ALLAH SEGERAKANLAH KELAHIRAN CUCUKU YANG PERTAMA INI DAN PERMUDAHKANLAH KE ATAS ANAK AKU UNTUK MELAHIRKAN ANAKNYA YANG PERTAMA..AMIN..YA ALLAH” (15may2014 @ 5.40p.m)

Hmmm mana pergi encik suami aku kan. Encik suami aku sebenarnya pergi mencari air untuk aku, walaupun tak dibenarkan bawak masuk makanan dan minuman, encik suami bijak dalam memenuhi permintaan isterinya. Hehehe. Paling kesian bila aku meminta air kotak the bunga jenama DRINHO dan encik suami pula belikan minuman fevered aku air kotak milo, memang naik angin lah aku, mintak pergi ditukarkan juga. Aku mahukan air kotak the bunga jenama DRINHO, bukan air kotak MILO. Walaupun jauh perjalanan, encik suami tetap jugak menunaikan permintaan aku. Heee. Maafkan aku, itu adalah permintaan terakhir dari baby sebelum dia lahir kedunia ini.


Aku memberitahu encik suami tentang keadaan aku yang mungkin akan perlu menjalani pembedahan dan aku telahpun meminta untuk ditambah lagi 2 jam. Aku hanya ada dua jam untuk 6cm yang pada kebiasaanya mengambil masa 6jam. Allah itu maha berkuasa dalam menentukan segalanya. Tepat ja 2jam, bukaan mencapai 10cm dan ketika itu kepala baby pun dah hampir nak keluar. Kuasa Allah semua itu.. Allah mempermudahkan urusan ku ketika itu. Tepat jam 8.46p.m 15/05/2014 PUTRA ku dapat dilahirkan secara normal di Hospital Putrajaya.

DISAAT KELAHIRAN PUTRA KU - SIRI 2

DISAAT KELAHIRAN PUTRA KU - SIRI 2


Betul apa aku cakap kan pada encik suami, lepas solak isyak, baby dalam perut mula bergerak-gerak tak henti. Sampai berombak-rombak perutku. Pergerakan dia lain dari hari biasa. Siap boleh mainmain lagi kat dalam tu. Hati dah terdetik dah. Mungkin saatnya dah nak sampai kot. Lagipun doc dah tambah dau date aku lagi seminggu. 

Lagi 2 hari adalah last date aku. Alhamdulillah, malam tu juga ( 15/05/2014 @ 4a.m) air ketuban ku pecah. Banyaknya air keluar. Yang aku tahu dari pengalaman orang yg dah ada experience , first tanda tu sikit jer, ada 3 jenis tanda-tanda bersalin, 1) Turun darah, 2) Turun air ketuban dan ke 3) apabila baby mengeras dengan kerap. Lain pula dengan aku, air ketuban seperti menembak keluar, time nyenyak tidur pulak tu, terlompat bangun aku dan encik suami. Nasib barang semua dah ready dalam kereta.

Sebelum keluar rumah ,aku mandi terlebih dahulu, tapi tak lama pun aku mandi, air ketuban asyik keluar saja. Penuh dilantai bliki aku dan juga ruang tamu. Cepat-cepat aku pakai lampin maternity. Siap double 2 lagi. Masa kat dalam kereta pula siap lapik dengan kain batik tebal-tebal. Naik gelabah jugak, tapi aku cuba untuk tenangkan diri.. RELAKSSSS… Encik suami siap mintak kebenaran nak buang air besar lagi time tu, rasanya dia lah tu yang paling gelabah sampai sakit perut pulak tu. Aku pulak yang perlu tunggu dia bersiap. Aku sempat lagi lah ambil barang-barang I/C, handphone, minyak, dan air zamzam. Sepanjang perjalanan aku tak henti-henti minum air zam zam dan sapu minyak dia perutku. Nasib ada adik yang menolong. Perjalanan dari rumah aku ke hospital putrajaya hanya 20minit sahaja. Tapi pada ketika itu, aku tak benarkan suami bawak pada had kelajuan biasa. Bukan semaki laju, tapi aku mintak dia perlahankan kereta. Kalau boleh, lagi lambat sampai hospital lagi lah bagus. Mesti bawak dengan kelajuan kurang dari 60km/j.


Sampainya aku di hospital, aku tak terus masuk kedalam hospital. Kami tunggu didalam kereta dulu. Hampir setengah jam jugak dalam kereta tu. Ikutkan hati, aku nak tunggu ja dulu, nak stay kat luar tu sampai betul-betul sakit. Walaupun air ketuban turun mencurah-curah, aku sikit pun tak rasa sakit atau apa-apa. Tak ada pun tanda-tanda aku perlu push untuk bersalin. Huhu. Encik suami pun dah larat nak tunggu, dia mintak aku daftar masuk.Aku dibawa masuk ke 1 bilik dan doc cek bukaan, 3cm already. Aku dibawa ke labour room. Boleh lagi jalan sebab memang tak rasa apa pun. Dalam hati tu, walau macam mana pun, nak jugak lah bersalin pada hari itu.

DISAAT KELAHIRAN PUTRA KU - SIRI 1

DISAAT KELAHIRAN PUTRA KU - SIRI 1

Tanggal 14/5/2014 @ 9.00a.m , habis ja makan buah yang terakhir tu, tetiba pulak perut rasa bergerak-gerak.. mungkin baby kekenyangan, hati gembira dapat makan apa yang di idamkan. Heee. Encik suami pergi kerja, tinggal aku dengan adik. Actually adik aku memang planning nak datang teman aku dari 1/05/2014 sehinggalah aku melahirkan baby. Emak dan abah time tu tak datang lagi, masih kat kedah. Tunggu aku masuk labour room baru nak bertolak dari kedah. Biasalah… siapa tahan tinggal kat rumah aku lama-lama. Paling boring tue. Kalau di kampung macam-macam boleh buat. Lagipun aku sihat jer, semua boleh handle sendri.



Opss.. sambung bab tadi, tetiba pulak rasa nak jumpa my best fren di Kelana Jaya. Entah macam na tak tau rasa rindu pulak, macam perlu jumpa sangat-sangat. Baby nak jumpa dan makan sama-sama dengan my best fren. Kitaorg makan di ayam penyet Best Kelana Jaya area tempat dia kerja . On De Way balik tu, dan lagi aku p shoping di eon big di Puchong Utama. Jalan sakan lah,sia shoping barang wat bihun goring utk malam tu. Aku tahu kenapa baby nak jumpa best frend aku mungkin sebab dia orang pertama bagi hamper baby n paling besar pulak tu. Mungkin Baby nak says thank you. Hmm.. Macam biasalah adik aku mesti ikut sekali. Yang peliknya masa aku ajak seminggu yang lalu, dia tak nak, siap nasihatkan aku jangan lagi drive. Aku nie menunggu hari nak bersalin ja. Satgi buat kata nak bersalin time tu , macam mana lah pulak kan. Sebelum pergi tu aku ada mintak kebenaran suami, bertambah risau lah dia, dia nak hantarkan aku tak kasi, mestilah dia risau, aku yang akan drive, adik aku pulak tak tahu drive. Susah hati betul dia. Atas pujuk rayu aku + perangai merajuk aku tu, terpaksalah encik suami benarkan. Aku siap cakap pada encik suami, bagi ja aku pergi jumpa my best frend, insyaALLAH ESOK mungkin aku akn bersalin dah. Taka da apa lagi dah yang menghalang aku, semua yang baby nak, aku tunaikan. 


   TERUSKAN MEMBACA   

TEMPOH 9 BULAN KANDUNGAN

SEPANJANG PERJALANAN 9BULAN USIA KANDUNGANKU

Pada usia 3 bulan kandungan ku, aku scan sekali lagi, kali ini aku dapat melihat jantung baby, anakku. Saat itu hati aku tersentuh dengan pelbagai perasaan, perasaan gembira yang tidak terkira. Perasaan kasih dan sayang terhadap anakku semakin bertambah dari hari ke hari. Apabila usia kandunganku 5 bulan keatas, aku sudah mula merasakan denyupan jantung dan pergerakannya.



Aku bersyukur sangat sepanjang aku pregnant aku di berikan kesihatan yang baik. Aku tak mengalami alahan yang teruk. Baby pun tak selalu meragam. Aku pula tak rasa nak makan apa-apa sehinggalah usia kandungan ku 8 bulan. Aku mula mengidam, mengidam rambutan pulak tu. Dari kedah, Kl, Selangor, Perak semua tempat aku dan suami mencari. Aku juga ada menghubungi kawan-kawan di serata tempat malah sampai ke sempadan siam pn tak jugak ditemui. Punya lah susah nak jumpa. 1 biji pun tak kutemui. Kesian baby lapar nak makan rambutan. Atas nasihat emak, dia cadangkan kepada aku untuk beli buah rambutan segera (buah dalam tin) . Selama ini aku pernah beli buah-buahan campur je. Itu pun dipotong dadu. Aku dan suami pergi mencari di tesco, Alhamdulillah, ada juga buah rambutan didalam tin. Apa lagi.. borong sakan lah aku ngn suami. 1 tin RM8. Itu pun tak sampai 10biji. 1 hari 1 tin, bayangkan lah hari-hari aku makan. Botak lah suami aku. Haha..

Jika diikutkan, due date aku, 10/5/2014. Sehingga 10/5/2014 masih belum ada tanda-tanda nak bersalin. Aku masih seperti dulu lagi. Hari-hari encik suami bawak pergi jalan-jalan. 1/5/2014 sempat lagi tu pergi shoping dari  midvalley, timessquare, tasik titwangsa, dan makan di mana entah tempat tu. Makan kerabu kaki ayam. Punya lah jauh, pusing sana sini, rasa macam pergi makan di reban ayam pulak. Tapi bila dah sampai, memang tip top lah kedai dia, dengan suasana dia n paling best masakan dia. Bukan main susah hati lagi encik suami bila aku, adik perempuan aku dan kawan-kawannya pergi shoping sendiri tanpa ditemani dia. Time dah sarat nie, encik suami dah tak bagi berjauhan dengan dia lagi dah. Kononnya bila aku dah turun tanda nak bersalin tu, dia ada disisi lah. Anything happen, dia boleh take care lah. Heeee

Sambung bab rambutan aku, walaupun aku nie dah dapat makan rambutan dalam tin, tapi baby kat dalam perut masih belum puas lagi. Kat mana saja aku pergi, mesti aku akan usya kalau-kalau ada jual rambutan ditepi-tepi jalan. Memang tak da lah. Sampai lah 1 hari tu (13/05/2014)  aku dan encik suami shoping barang basah di tesco. Memang best giler lah bila encik suami mintak aku lihat apa yang dia Nampak kat depan tu. Time tu rasa macam nak borong semua ja. Encik suami memang tak akan cakap apa dah. Ikut suka aku lah nak beli banyak mana pun. Dia sponsor. Tak kisah lah kalau dia cakap itu rambutan siam pun. Yang paling penting rambutan. Dari dalam kereta samapi kerumah, asyik mengunyah ja. Nasib baik lah adik aku dan encik suami memahami, memang bagi aku sorang ja lh habiskan semua tu.

SAAT AKU MENERIMA KEHADIRAN PUTRAKU

Saat aku menerima kehadirannya.

Tanggal 24/5/2013 aku dan suami diijabkabulkan di masjid Kampung Paya sena, Pendang  Kedah.Kenalan yang turut hadir time tu sahabat baik bakal suami aku. Dia datang bersama isteri tercinta yang juga baru saja melangsungkan perkahwinan. Inai pun masih merah lagi time tu. Beza dengan aku, tiada sesi berinai dilakukan. Aku tak berminat nak berinai inai ini. Nasiblah mak dan abah memahami. Malah turut setuju dengan cadangan aku untuk tidak berinai nie. Orang cakap tak ada seri lah masa majlis nanti. Tak apa, asalkan hubungan suami isteri aku dan suami berseri2 dah la. Nak berseri buka hari majlis saja, yang penting adalah keserian hingga keakhir hayat.


Diawal planning aku dan suami ialah untuk hidup berdua dulu dalam tempoh 1 tahun. Betul kata orang, kita hanya merancang, Allah yang tentukan segalanya. Disaat 4 bulan aku dan suami mendirikan rumah tangga, aku dianugerahkan ALLAH dengan kehadiran orang ketiga (anakku).Mungkin awalnya kami berdua agak confuse dan belum bersedia dan walau apa pun kami akan menerima kehadirannya dengan penuh kesyukuran. Ianya adalah anugerah Allah kepada kami berdua. Tak semua dapat merasainya dan kami benar- bersyukur.

Pada awalnya aku dan suami tak menjangkakan kehamilan aku, pada ketika itu suami pula outstation.aku di Selangor dan suami pula di Pahang. Setiap malam aku mula merasakan perubahan pada diri, setiap malam aku akan merasa tak sedap badan dan seperti panas panas badan, aku sangkakan ianya demam biasa. Satu hari akak ofis ada menegurku, katanya wajahku semakin berseri-seri. Aku ceritakan keadaan aku dimalam hari, dan terus dia memberiku aku mungkin pregnant. Aku tunggu kepulangan suami dihujung minggu untuk membawa aku ke klinik berdekatan. Mula-mula aku ke klinik, india pulak tu,dia mintak test air kencing, ternyata positive. Aku dan suami tidak berpuas hati, atas nasihat jiran dia memberitahu aku klinik DR.PUTERI di kawasan Puchong Indah. Setelah ujian air kencing dan scan dibuat ternyata aku betul-betul pregnant.

Selepas mengetahui aku pregnant, suami membawa aku pergi membeli makanan berkhasiat untuk aku. Biasalah.. makanan paling penting susu, nak pulak tu susu anmum. Time aku nak beli tu, ada pula promosi dari promoteranmum. Rezeki baby kan . Aku dapat banyak sample dengan pelbagai perasa susu anmum. Tetiba pulak tekak mulai rasa meloya, standard lah kan bila pregnant mula lah pening-pening dan muntah-muntah. Dalam dua minggu pulak tu jadi macam tu, nak makan pun tak berselera Lagi teruk apabila setiap malam asyik panas-panas saja. Suami pula masih lagi outstation, dugaan seorang ibu kan.. Sebulan jer, sejak selepas itu, suami tak lagi outstation mana-mana sehinggalah aku melahirkan baby.




Wednesday, April 16, 2014

CARA MERAWAT BAYI SONGSANG - MyBb-Icare



Ketika solat digalakkan untuk sujud lama sedikit sekurang-kurangnya dalam 5 minit.

Dalam keadaan sujud rebahkan badan ke kiri dan kanan bergantung pada kedudukan badan baby dan baringkan selama 20-30 minit.

Jika badan bayi ke kanan rebahkan ke kiri dan sebaliknya.

Buat seperti merangkak elakkan merangkak ke depan,buat dalam dalam 5 saat sebanyak 2-3 kali bergantung pada badan ,baca ayat 74 dari surah Al-Hijr yang bermaksud: maka kami jadikan bahagian atas kota itu terbalik ke bawah.

Ambil segelas air kosong,bacakan surah Al-Insyirah sebanyak 3 kali dan hembuskan ke dlm air. Ambil air yg dh dibacakan dgn surah tersebut dan usap di perut sebanyak 3 kali atau 7 kali mengikut lawan pusingan jam beserta selawat ke atas Nabi s.a.w... Lebihan air boleh lah diminum... Lebih mustajab, jika suami juga turut lakukan perkara yg sama...

Amalkan juga membaca surah al-Insyirah sebanyak 10 kali selepas solat fardhu beserta doa, moga Allah permudahkan kelahiran anak yang kita kandungkan...

Letak pek ais kt atas perut. Tujuannya supaya baby rasa tak selesa atau sejuk kt kepala dia. Jadi dia akan mengubah kedudukan dan berpusing ke bawah.

Cuba bermain dengan touch light. Ambil touch light dan suluh kt bawah pusat. Tujuannya supaya bayi bergerak ke arah cahaya.

Rajin2 bercakap dan pujuk baby supaya berpusing dan duduk dikedudukan yg betol.


Banyak2kan berdoa, baca al-Quran dan bwt solat hajat supaya ALLAH membantu kita. In shaa allah... kita kena yakin dan ikhlas..

Tuesday, April 1, 2014

SURAH - SURAH UNTUK IBU MENGANDUNG (2)- MyBb-Icare

Selain dari surah Yusuf, SURAH YANG SESUAI UNTUK IBU MENGANDUNG IALAH SEPERTI SURAH-SURAH DIBAWAH.


1:- SURAH AR-RAHMAN


2:- SURAH MARYAM 

Dari 7 hingga 9 bulan
Surah Maryam:Untuk memudahkan ibu bersalin..


3:- SURAH TA-HA

4:- SURAH YA-SIN

5:- SURAH AL-BAQARAH



6:- SURAH AL-FATIHA
7:- SURAH AL-LUQMAN

Dari 4 hingga 6 bulan

Surah Luqman:Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa..



SURAH-SURAH UNTUK IBU MENGANDUNG - MyBb-Icare

Surah-surah untuk ibu mengandung..

Assalamualaiku... Sedapnya bila mendengar bacaan ayat-ayat suci Al-quran. MyBb-Icare nak kongsikan bacaan ayat-ayat Al-quran untuk ibu-ibu mengandung. Sayangnya tak boleh pula nak download semua video ini. Tak apa lah. Korang boleh layara laman web ini Surah-surah untuk ibu mengandung. atau boleh juga klik dibawah ini. Dengarlah bacaan ayat suci Al-quran ini, semoga dapat memberikan ketenangan kepada diri sendiri dan untuk bayi yang dikandung. 

Note : Surah yusuf elok dibaca pada kandungan berusia hingga 3 bulan. §  untuk anak yang cantik rupa dan akhlak

1: surah Yusuf

sambungan
sambungan


sambungan
sambungan

Monday, March 31, 2014

WELCOME TO FIRST MAMA - MyBb-Icare

Assalamualikum... 

MyBb-Icare nak ucapkan tahniah kepada bakal-bakal ibu terutamanya kepada yang baru pertama kali untuk menjadi ibu. Begitu juga dengan MyBb-Icare yang baru pertama kali untuk merasai pengalaman sebagai seorang ibu. 

Biasanya pada waktu ini, bakal-bakal ibu, banyak lagi yang perlu dipelajari. Bakal-bakal ibu ini perlu belajar menyesuaikan diri dengan perubahan-perubahan sejak dari awal kehamilan lagi. Selain itu, bakal-bakal ibu nie perlu lah pelajari sedikit tentang penjagaan bayi dan penjagaan diri selepas melahirkan bayi. 

MyBb-Icare banyak dapatkan maklumat daripada kawan-kawan terdekat, kawan-kawan pejabat dan paling banyak sekali melalui internet. Kita boleh layari blog-blog yang ada dan dari situ kita boleh tengok sendiri pengalaman yang telah mereka lalui. Banyak jugak info yamg MyBb-Icare dapat dengan hanya membaca blog-blog orang. 

Tak cukup dengan itu, untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas, kita boleh la layari lawan sesawang 'YOUTUBE'. Kita boleh lihat dengan sediri dan sesi pembelajaran akan jadi lebih ternag dan jelas. 

Mari kita tengok ini... 

1) PROSES KELAHIRAN BAYI


2) TEKNIK PENYUSUAN BAYI


3) PROSES PENGELUARAN SUSU IBU


4) TEKNIK PENYUSUAN SUSU IBU SETELAH KEMBALI BEKERJA



4) CARA MANDIKAN BAYI BARU LAHIR



5) CARA MEMAKAIKAN LAMPIN BAYI



6) CARA MENGURUT BAYI






Ok... Cukup lah untuk kali ini, (^_^)

Sunday, March 30, 2014

BIRTHDAY BOY - MyBb-Icare

Happy Birthday My Lovely Husband.. 


Untuk kedua kalinya MyBb-Icare wish just for u. Love u So... mUCH. hOPE yOUR lIFE is Owesome as you are. Feeling Happy With You. 




RINDU AWAK 200%