DISAAT KELAHIRAN PUTRA KU - SIRI 3
Doctor memberitahu aku, dalam tempoh 7 jam aku akan dapat
melahirkan anak. Ikut anggaran setiap 1cm bukaan mengambil masa 1 jam. Dan
setiap 2 jam doctor akan datang cek bukaan itu. Time tu dah tak ada dah
perasaan malu tu. Apa yang penting ialah kesihatan baby. 12jam juga aku
menunggi didalam labour room kat Hospital Putrajaya, bukaan baru 4cm., kira
dalam masa 12 jam bukaan aku hanya bertambah 1cm. Dalam 12jam aku tak diberi
makan atau minum. Misi masukkan air melalui badan aku saja. Aku pula curi-curi
minum air zam zam dan minyak yangdibuat khas oleh abah dan tokwan ku.
Doctor pakar datang memeriksa aku. Katanya aku
perlu operate, masa terlalu lama. Tak boleh biarkan baby didalam terlalu lama. Misi
dan doctor tanya tentang kesihatan aku. Aku yakin aku masih kuat untuk tunggu
seberapa lama pun. Malah ada juga misi datang kepada ku menanyakan doa apa aku
amalkan, mungkin kerana mereka melihat keadaan aku yang masih kuat dan tak da
rasa sakit walaupun air ketuban aku dah kering. Malah jantung baby pun masih
bergerak aktif tanppa sebarang masalah. Walau macam mana pun pihak hospital tak
henti-henti memantau keadaan aku. Memang terbaik lah layanan di hospital Putrajaya
ini.
Apabila doctor memutuskan untuk aku menjalani operation, aku
meminta agar diberikan masa lagi 2 jam. Tak semudah itu untuk aku berputus asa.
Doktor pakar benarkan aku tambah 2jam. Itu adalah masa maksimum untuk aku
kerana dia belum pernah benarkan pesakit lebih dari 12jam. Anything happen, aku
sndiri perlu hadapinya. Aku yakin, Allah itu maha mendengar setiap doa
hamba-hambanya. Sempat lagi aku sms abh dan emakku yang dalam perjalanan datang
kepada ku dari kedah. Aku memaklumkan tentang masa yang diberikan. Ini doa yang
di berikan kepadaku..
“SABARLE, MUDAH-MUDAHAN DEKNGAH MENDAPAT PERTOLONGAN DARI
ALLAH, ALLAH YANG TENTUKAN SEMUANYA. … YA ALLAH SEGERAKANLAH KELAHIRAN CUCUKU
YANG PERTAMA INI DAN PERMUDAHKANLAH KE ATAS ANAK AKU UNTUK MELAHIRKAN ANAKNYA
YANG PERTAMA..AMIN..YA ALLAH” (15may2014 @ 5.40p.m)
Hmmm mana pergi encik suami aku kan. Encik suami aku
sebenarnya pergi mencari air untuk aku, walaupun tak dibenarkan bawak masuk
makanan dan minuman, encik suami bijak dalam memenuhi permintaan isterinya. Hehehe.
Paling kesian bila aku meminta air kotak the bunga jenama DRINHO dan encik
suami pula belikan minuman fevered aku air kotak milo, memang naik angin lah
aku, mintak pergi ditukarkan juga. Aku mahukan air kotak the bunga jenama
DRINHO, bukan air kotak MILO. Walaupun jauh perjalanan, encik suami tetap jugak
menunaikan permintaan aku. Heee. Maafkan aku, itu adalah permintaan terakhir
dari baby sebelum dia lahir kedunia ini.
Aku memberitahu encik suami tentang keadaan aku yang mungkin
akan perlu menjalani pembedahan dan aku telahpun meminta untuk ditambah lagi 2
jam. Aku hanya ada dua jam untuk 6cm yang pada kebiasaanya mengambil masa 6jam.
Allah itu maha berkuasa dalam menentukan segalanya. Tepat ja 2jam, bukaan mencapai
10cm dan ketika itu kepala baby pun dah hampir nak keluar. Kuasa Allah semua
itu.. Allah mempermudahkan urusan ku ketika itu. Tepat jam 8.46p.m 15/05/2014
PUTRA ku dapat dilahirkan secara normal di Hospital Putrajaya.
No comments:
Post a Comment