Salam di hari khamis yang mulia.
Harini ini hari yang sungguh indah. Semangat nak bekerja semakin bertambah-tambah apabila pagi2 lagi bos dah bercakap tentang kenaikan gaji bulan ini. Alhamdulillah, rezeki anak. Rezeki yang datang melimpah ruah. Bersyukur kehadrat ilahi.
Perasaan gembira apabila MyBb-Icare melayari internet, dan terbaca 1 blog tu dia cerita tentang SKIM INSENTIF KELAHIRAN ANAK (IKA) . Ini khas utntuk anak-anak yang dilahirkan di Negeri Kedah. Jika diizinkan Allah, MyBb-Icare nak lahirkan baby di Kedah. Bukan kerana INSENTIF KELAHIRAN ANAK (IKA) yang di buat oleh kerajaan, tetapi sebagai rakyat kedah, kalau boleh tu kerakyatan negeri Kedah nak jugak lah disambungkan lagi ke generasi seterusnya. Walaupun MyBb-Icare sekarang dah menentap di Selangor, tapi jiwa, bahasa dan budaya masih lagi mengikut adat KEDAH. Opss.. tentang SKIM INSENTIF KELAHIRAN ANAK (IKA) sangat lah bagus. Sekurangnya dapat juga ringankan beban bagi ibu bapa terutama ibu bapa yang baru first time dapat baby. Semua keperluan asas bayi perlu disediakan sepenuhnya. Bukan sahaja keselsaan bayi malah juga ibu bapa. MyBb-Icare juga tak akan ketinggalan untuk membuat permohonan SKIM INSENTIF KELAHIRAN ANAK (IKA) itu nanti.
Sedikit Perkongsian :-
Objektif
- Meringankan beban kewangan pasangan suami isteri/ ibu bapa bagi menyambut kelahiran anak dalam keluarga mereka
- Meraikan tambahan anak Negeri Kedah yang baru; dan
- Menghargai peranan ibubapa dalam pembinaan sahsiah keluarga
Kelayakan
- Anak mestilah warganegara Malaysia dan dilahirkan di Negeri Kedah; atau
- Ibu atau bapa kepada anak yang dilahirkan mestilah rakyat Negeri Kedah dan menetap di Negeri Kedah – pengesahan daripada JKK/Penghulu; atau
- Ibu atau bapa yang bukan Negeri Kedah telah menetap dan menjadi pengundi di Negeri Kedah lebih daripada 5 tahun – perlukan pengesahan JKK/Penghulu
- Anak yang dilahirkan mulai 1 Januari 2014
Kaedah Permohonan
Permohonan hendaklah dibuat melalui Borang Skim Insentif Kelahiran Anak yang boleh didapati di mana-mana pejabat berikut :-
- Pejabat Daerah berhampiran
- Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah
- Pejabat Penghulu
- Pusat Khidmat ADUN/Parlimen
- Pejabat Majlis Pembangunan Wanita Kawasan Parlimen
Permohonan boleh dibuat apabila anak telah dilahirkan.
Maklumat dalam borang permohonan yang telah lengkap hendaklah disahkan sama ada oleh Pegawai Daerah/ wakil atau Ahli Parlimen atau ADUN atau Pengerusi MPWK atau Penghulu Mukim/ Pegawai Perubatan Hospital.
Semua permohonan untuk skim ini hendaklah dimajukan kepada Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah berhampiran atau kepada Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah untuk kelulusan.
Selain itu boleh la jugak layari laman web ini, isi dan kemudian printkan. mudah ja kan..

~Terima Kasih Kerajaan Negeri Kedah~
Bagi Ibu-ibu yang belumlahirkan bayi lagi, tunggulah bila bayi dilahirkan, baru lah hantar kan permohonan. Sabar dulu yerrr
No comments:
Post a Comment