ASSalamualikum semua..
Lama betul MyBbyICare menyepi.. Usia MyBbyICare sudah pun masuk 30minggu. Cepatnya masa berlalu. Pada waktu ini banyak lagi info-info tentang baby yang perlu MyBbyICare perluaskan.
Pada waktu ini, MyBbyICare sudah membuat pesiapan rapi untuk penyusuan susu ibu. Semalam baru lah MyBbyICare tahu yang susu ibu ini banyak betul khasiatnya. Tahukah ibu-ibu semua, baby yang minum susu ibu, tidak lagi perlu minum air biasa (air kosong / air putih).
Kandungan yang ada dalam susu ibu sudah pun cukup untuk bayi kita. Lagi satu, sistem penghadaman bayi sebenarnya hanya boleh menerima susu ibu bukan susu lain walaupun air putih. Penting untuk ibu-ibu mengetahuinya. Diawal kelahiran, perkara penting sekali ialah menjaga pemakanan bayi.
Terima kasih kepada isteri sahabat suami MyBbyICare yang banyak memberikan maklumat yang berguna.
sumber : http://susuibu.com/v2/uploads/articles/kebaikan-susu-ibu.jpg
1. Mengandungi bahan pencegah penyakit (antibodi).
2. Mempunyai komposisi yang mencukupi dan suhu yang sesuai.
3. Mengelakkan dari kurang zat makanan dan cirit-birit serta penyakit saluran pernafasan.
4. Mengurangkan risiko kepada alahan.
5. Perkembangan daya intelek yang lebih baik (IQ tinggi).
6. Kurang masalah pergigian dan ortodontik.
7. Mengurangkan penyakit kencing manis pada kanak-kanak, pneumonia dan jangkitan telinga.
8. Menggalakkan tumbesar.
9. Penghazaman yang mudah.

--Dipetik dari "Penyusuan Susu Ibu Pilihan Terbaik" (Risalah keluaran Hospital Kuala Lumpur)
No comments:
Post a Comment