.footer-outer{display:none;}

MY SIDE

Sunday, January 18, 2015

ANAKKU - CHICKEN POX - DEMAM CAMPAK

Assalmualaikum.. Ya Allah cepatnya masa berlalu, ISNIN SELASA RABU KHAMIS JUMAAT SABTU DAN AHAD,, cepatnya masa… Seminggu anakku disini, dan pun jatuh sakit, demam dan tak lalu nak makan, dugaan apakah ini, tak terdaya aku nak melihat anakku menangis siang malam. 

Pada hari ahad, bangun ja pagi tue, ku lihat ada bintik-bintik merah, rupa-rupanya itu adalah demam campak (chicken pox). Patutlah menangis jer, Pagi-pagi tu juga aku mengajak suami untuk hantar anak pulang ke kampung. Itu lebih baik untuk dia cepat kembali ke asal. Sihat seperti sedia kala. Seminggu saja anakku disini. Dah nak hantar pulang. Sedihnya hati, tapi bertambah sedih bila memikir bagaimana lah anakku akan dijaga pengasuh. Layanan baikkah diberikan? Atau sekadar menjaga untuk mendapatkan wang. Isnin aku mengambil cuti untuk menjaga anakku di kampung. Hasrat hati ini tak nak berpisah ngan anak diwaktu-waktu macam ini. 

Harini genab seminggu anak aku dibawa pulang ke kampung. Alhamdulillah, keadaan dan semakin baik. Ya-Allah.. aku amat merinduinya. Aku bersyukur kau anugerahkan aku anak yang baik, walaupun jauh dengan ku, dia sentiasa ingat kepada ku dan suami ku. Kau simpankan memori yang sangat dalam kedalam ingatan anakku. Aku bersyukur setiap kali aku pulang kekampung, dia sentiasa dekat dengan ku. Kalau ada orang pernah bercakap tinggal berjauhan dengan anak akan buatkan hubungan anak dengan ku nanti akan berjauhan, tak tahu siapa ibunya, dan sampai 1 tahap dengan ibu ayah sendiri pun dia tak kenal. 
Ya-Allah.. jauhkan lah aku dari perkara-perkara sebegini.Aku percaya dan aku yakin, Allah tu ada dan akan sentiasa memberikan terbaik terhadap hamba-hambanya. Alhamdulillah.. aku bersyukur, sehingga kini sudah genab 8bulan anakku tinggal berjauhan, hubungan aku dengan nya sikit pun tak macam orang asing. Alhamdulillah… 

Tuesday, January 6, 2015

Wellcome Harith Aryan - pUCHONG TERATAK BONDA AYAHNDA

Assalamualaikum,

5/1/2015 genab usia anak ku harith Aryan 7bulan 21hari. Harini merupakan bermulanya hari harith Aryan akan mulakan hidup baru bersama aku dan suami, kini lengkaplah hidup kami sekeluarga. Selama 7bulan 21hari jugalah Harith Aryan dibesarkan dengan penuh kasih saying, ditatang bagaikan minyak yang penuh oleh maktok dan abahwan aka mak dan abah aku. Mak dan ayah  mertua juga turut sama membesarkan anakku. Ini bukan kali pertama Harith Aryan datang ke rumah ku Puchong, tapi ini adalah kali pertama untuk Harith Aryan memulakan hidup baru dibawah jagaan ibu dan ayah aka aku dan suami.

Beratnya nak pisahkan Harith Aryan dari maktok dan abahwan. Atas kehendak suami dan perasaan rindu yang dah lama terbendam ku kuatkan semangat untuk membawa anakku tinggal bersama-sama dengan ku. Aku tahu betapa beratnya mak dan abah nak melepaskan Harith Aryan dan lagi menyedihkan apabila kat sini dia akan di jaga oleh pengasuh 9pg-6ptg. Aku sendiri pun berat hati nak bagi orang jaga anakku, banyak yang aku fikirkan, boleh ke dia menjaga anakku seperti mana mak dan abah?? Tahu kah dia apa yang anakku mahu, suka dan tidak disukainya??? Layanan bagaimanakah akan diberikan kepada anakku ini nanti?? Ya..Allah.. kau permudahkanlah sepanjang perjalanan hidup anakku Ya Allah. Andai itu adalah terbaik untuknya aku menerimanya, andai ada keburukan atau diluar kehendakku, kau tunjukkan lah agar aku memberikan terbaik kepada anakku.

Hari pertama Harith Aryan di rumah pengasuh:-

First day !!! siapa-siapa pun akan melaluinya. Tak biasa, tak kenal orang dan perlu sesuaiakan diri, begitulah situasi Harith Aryan disana. Buat pertama kalinya Harith Aryan berdiri di pintu grill sambil menggerkannya meronta untuk pulang mungkin, belum pernah aku melihat Harith Aryan berkelakuan seperti itu. Mak aku Nampak Harith Aryan berkelakuan begitu, aku seperti tidak percaya apabila keesokan harinya pengasuh menceritakan hal yang sama. Ya Allah… berikanlah terbaik untuk anakku.

Hari kedua Harith Aryan di rumah pengasuh :-

Second day, kalau semalam pergi time tidur, harini Harith Aryan tidak lagi tidur, risau hati kalau dia tak nak tinggal sana. Alhamdulillah bila dia masih lagi senyum bila aku menyerahkan anakku kepada pengasuh. Mungkin juga sebab dalam kereta aku ada memujukknya untuk jadi budak baik, pulang nanti aku akan bawa anakku berjalan-jalan. Janji mesti ditepati !! Pulang dari tempat kerja, mak memberiahu harini anak jadi budak baik, tak nangis, malah menunggu aku di depan pintu, nak pergi jenjalan lah tu, janji mesti ditepati. Seharian menunggu aku dan suami untuk pergi jalan-jalan. Alahai budak… cerdiknya kamu.. janji mesti ditepati, itu prinsip kamu yer. Loveee u sayang.

Janji Mesti Ditepati !!

Malam tu aku, suami, mak, dan adik-adikku bawa Harith Aryan berjalan-jalan Putrajaya. Dalam diam-diam aku dan suami masukkan walker dan beg bekal kedalam bonet kereta.  Sampainya di dataran Putrajaya Harith Aryan dengan sukanya bermain-main berlari-lari didalam walkernya. Aku pula yang letih, tak terkejar jadinya. Letihnya, tapi anakku begitulah bersemangat. Lagi-lagi apabila dia tengok keadaan sekeliling penuh dengan kanak-kanak dan dewasa bermain kereta mainan, basikal, bermain kasut roda dan macam-macam lagi. Bertambah sukalah Harith Aryan.

Tak rasa penat langsung, sampaikan aku pula perlu kejar untuk beri dia minum. Tengok dia minum punyalah Nampak tahap lapaq ayaq dia tu. Haha.. lucu pula. Hmm perut lapar dah tu, sehingga kan melihat adik-adikku makan dia pun nak juga. Nasib juga ada bekal didalam kereta. Boleh la sambil main dan makan.

1 jam lebih kami kat sana. Langsung tak nampak tanda-tanda keletihan, tak puas bermain lagi kot. Huhu. Masa dalam kereta pun langsung tak nak tidur, nak tengok lampu-lampu kat luar sana. Mungkin terlalu suka sangat tu. Dipertangahan perjalanan akhirnya tertidur juga.

 Paling best bila sampai kat rumah, boleh lagi tersenyum, tanda suka lah tu, dalam hati risau pula kalau dia tak nak tidur malam ni, lepas tukar baju dan pempes aku perlahan-lahan urut kaki Harith Aryan, risau kalau esok kaki akan lengoh-lengoh. Suka pula dia bila kedua-dua belah kaki dia diluruskan kearahku. Nak mintak urutkan kedua-dua belah la tu. Dah tak pusing-pusing lagi dah, biarkan saja aku mengurut kaki tu. Hmm tau lah tu, letih sangat dah. Haha. Kesian. Tidur dalam keletihan. Esoknya bila bangun bersemangat lagi. Tapi harini aku tak berani nak meninggalkan janji lagi. Apa-apapun aku mendoakan supaya anakku dijaga dengan baik dengan penuh kasih sayang. Bila ada masa, boleh la aku bawa anakku bermain-main, berjalan-jalan lagi. Love my Family !!!

Aku berjanji akan menjaga anakku dengan sebaiknya, Ya-Allah kau permudahkan lah untuk aku dan suami ku membesarkan anakku dengan baik dan sentiasa diredoi Allah.








Thursday, November 13, 2014

DOA HARI INI - DOA 12 BELAS PINTU

Asssalamualaikum...

Tengok jer Doa Pembuka Dua Belas Pintu.. Tertanya-tanya juga doa apakah itu? Pintu apa yang dimaksudkan.

Doa ini sangatlah bagus, dalam 1 doa, macam-macam kita boleh minta dengan Allah. Amalkan lah, supaya Allah membuka setiap pintu-pintu kebaikan yang ada.

DOA PEMBUKA DUA BELAS PINTU

1: Pintu Kebaikan
2: Pintu Keselamatan
3: Pintu Kesihatan
4: Pintu Nikmat
5: Pintu Keberkatan
6: Pintu Kekuatan
7: Pintu Cinta Sejati
8: Pintu Kasih Sayang
9: Pintu Rezeki
10: Pintu Ilmu
11: Pintu Keampunan
12: Pintu Syurga


RINDU AWAK 200%