Assalmualaikum..
Ya Allah cepatnya masa berlalu, ISNIN SELASA RABU KHAMIS JUMAAT SABTU DAN
AHAD,, cepatnya masa… Seminggu anakku disini, dan pun jatuh sakit, demam dan
tak lalu nak makan, dugaan apakah ini, tak terdaya aku nak melihat anakku
menangis siang malam.

Harini genab seminggu anak aku dibawa pulang ke kampung.
Alhamdulillah, keadaan dan semakin baik. Ya-Allah.. aku amat merinduinya. Aku
bersyukur kau anugerahkan aku anak yang baik, walaupun jauh dengan ku, dia
sentiasa ingat kepada ku dan suami ku. Kau simpankan memori yang sangat dalam
kedalam ingatan anakku. Aku bersyukur setiap kali aku pulang kekampung, dia
sentiasa dekat dengan ku. Kalau ada orang pernah bercakap tinggal berjauhan
dengan anak akan buatkan hubungan anak dengan ku nanti akan berjauhan, tak
tahu siapa ibunya, dan sampai 1 tahap dengan ibu ayah sendiri pun dia tak
kenal.
Ya-Allah.. jauhkan lah aku dari perkara-perkara sebegini.Aku percaya dan
aku yakin, Allah tu ada dan akan sentiasa memberikan terbaik terhadap
hamba-hambanya. Alhamdulillah.. aku bersyukur, sehingga kini sudah genab 8bulan anakku tinggal berjauhan,
hubungan aku dengan nya sikit pun tak macam orang asing. Alhamdulillah…
No comments:
Post a Comment